Home Luar Negara KADAR KESUBURAN RAKYAT JEPUN MENURUN TAHUN KE-7 BERTURUT-TURUT

KADAR KESUBURAN RAKYAT JEPUN MENURUN TAHUN KE-7 BERTURUT-TURUT

143
0

Tokyo, JEPUN: Kadar kesuburan rakyat Jepun jatuh ke paras terendah 1.26 pada 2022, merosot untuk tahun ketujuh berturut-turut.

Menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan, purata bilangan kanak-kanak yang dilahirkan bagi setiap wanita sepanjang hayatnya ialah 1.26 tahun lalu, turun 0.05 mata daripada angka terakhir untuk 2021 dan setanding dengan rekod rendah yang dicatatkan pada 2005.

Mengikut wilayah, Tokyo mempunyai kadar kesuburan terendah iaitu pada 1.04, diikuti Miyagi (1.09) dan Hokkaido (1.12), manakala Okinawa melaporkan kadar kesuburan tertinggi pada 1.70, diikuti oleh 1.63 di Miyazaki dan 1.6 di Tottori.

Bilangan bayi yang dilahirkan pada 2022 juga mencatat rekod rendah iaitu seramai 770,747 bayi, turun 40,875 daripada tahun sebelumnya, menandakan kali pertama jumlah itu menurun di bawah 800,000.

Statistik terkini itu didedahkan sehari selepas Perdana Menteri Fumio Kishida mengeluarkan draf rancangan meningkatkan sokongan pembesaran kanak-kanak dalam usaha untuk membalikkan penurunan kadar kelahiran negara, termasuk rancangan untuk mula menawarkan elaun anak kepada semua isi rumah yang mempunyai anak, tanpa mengira pendapatan, dari fiskal 2024.

Sumber BH Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here