Home Sukan TIGA BEREGU NEGARA MARA PUSINGAN KEDUA TERBUKA SWITZERLAND

TIGA BEREGU NEGARA MARA PUSINGAN KEDUA TERBUKA SWITZERLAND

131
0

KUALA LUMPUR: Malaysia masih mempunyai wakil dalam saingan beregu Terbuka Switzerland 2026 selepas tiga pasangan negara berjaya melepasi halangan pusingan pertama di Basel.

Memetik laporan Berita Harian, dalam acara beregu campuran, gandingan Jimmy Wong-Lai Pei Jing menempah tempat ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Denmark, Rasmus Espersen-Amalie Cecilie Kudsk 21-18, 22-20.

Pasangan negara itu dijadual berdepan pilihan ketiga dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu yang mengungguli rekod pertemuan 1-0.

Dalam acara beregu lelaki, gandingan Aaron Tai-Kang Kai Xing pula akan menentang pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnado-Bagas Maulana pada pusingan seterusnya.

Satu lagi wakil negara, Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong akan bertemu pasangan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul dengan rekod pertemuan memihak kepada mereka 2-1. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here