Home Buletin Semasa KEPUTUSAN SPM 2025 DIUMUM 31 MAC, LEBIH 413,000 CALON BAKAL TERIMA KEPUTUSAN

KEPUTUSAN SPM 2025 DIUMUM 31 MAC, LEBIH 413,000 CALON BAKAL TERIMA KEPUTUSAN

133
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2025 akan diumumkan pada 31 Mac ini bermula jam 10 pagi.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, seramai 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah mulai pukul 10 pagi pada tarikh pengumuman berkenaan.

“Calon persendirian pula boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan,” menurut kenyataan itu hari ini.

KPM turut mengingatkan pihak sekolah supaya memastikan proses penyerahan keputusan kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

“Selain mendapatkan keputusan di sekolah atau melalui JPN, calon juga boleh membuat semakan melalui dua kaedah lain.

“Semakan secara dalam talian boleh dibuat menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan mulai pukul 10 pagi pada 31 Mac hingga pukul 6 petang, 6 April ini.

“Calon juga boleh menyemak ringkasan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan menghantarnya ke 15888,”jelas kenyataan itu.

KPM dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2025 dan berharap kejayaan yang dicapai menjadi pemangkin untuk mereka terus melakar kecemerlangan pada masa depan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here