Home Hiburan ITU BUKAN ‘BABY BUMP’, ITU ‘FOOD BUMP’ – ERNIE ZAKRI

ITU BUKAN ‘BABY BUMP’, ITU ‘FOOD BUMP’ – ERNIE ZAKRI

92
0

KUALA LUMPUR: “Doa-doakan la kami. Saya memang tidak menolak untuk menambah zuriat lagi,” kata penyanyi, Ernie Zakri.

Ernie, 33, atau pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri berkata demikian bagi menjawab dakwaan peminat mengenai penampakkan ‘baby bump’ ketika mengadakan siaran langsung di Tik Tok, baru-baru ini.

Penyanyi lagu Masing Masing itu menafikan bahawa dirinya sedang berbadan dua malah dia dan suami, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 32, atau Syamel sentiasa berlapang dada dan menyerahkannya kepada Yang Maha Esa.

“Kalau betul saya sangat bersyukur. Kita sikit punya kurus ni dia kata ‘baby bump’ tak baik tau.

“Khalwa (Nur Khawla Soleha) sudah berusia empat tahun kan jadi kalau ada rezeki Insya Allah amin. Saya tidak akan sorok,” jelasnya sambil menyifatkan keadaan itu mungkin kerana ‘food bump’ sambil ketawa bersama Syamel.

Pasangan selebriti ini tampil bersama single terbaru berjudul Suasana Raya yang turut menyaksikan pembabitan Khalwa buat julung kali.

Menariknya, lagu ini adalah hasil kolaborasi istimewa bersama Hong Kong Tourism Board (HKTB) yang turut menampilkan penggambaran muzik video di beberapa lokasi menarik serta destinasi mesra Muslim di sekitar Hong Kong.

Sementara itu, Syamel pula mengakui dia hanya membiarkan Ernie menjawab persoalan mengenai keadaan dirinya itu kerana tidak mahu menambahkan kekeruhan.

Katanya, secara peribadi isteri tersayangnya itu tetap nampak kurus dan menyifatkan kadang-kadang ‘angle’ (sudut) memainkan peranan.

“Kalau ada rezeki kita tidak menidakkan. kita sentiasa bersyukur. Tak boleh nak jangka. Diluar bidang kuasa kita. Kita juga sentiasa berdoa agar karier dipermudahkan, kerja serta dari segi keluarga dipermudahkan. Kalau ada rezeki itu alhamdulillah,” katanya ditemui pada majlis Ramadan Buka Puasa bersama HKTB di sebuah hotel di ibu negara, kelmarin.

Tambah Ernie pula, dia sedar dan terbuka apabila diajukan soalan demikian kerana sudah terbiasa.

Ditanya mengenai kelakuan Khalwa pula, Ernie turut berkongsi mengenai minat anak sulungnya itu menjaga adik dan berasakan dirinya seorang yang semakin matang.

“Ada lah dia (Khalwa) cakap teringin nak jaga adik, sebab dia rasa macam kakak-kakak. Tidak dinafikan sikapnya macam kakak-kakak pun.” katanya kepada Harian Metro.

Manakala Syamel memberitahu mereka sentiasa terapkan pada minda Khalwa mengenai tanggungjawab dan peranannya.

“Walaupun ada plan ke tak ada plan ke untuk ada ‘next baby’. Khalwa kena faham mengenai kemungkinan untuk dapat adik itu ada.

“Kita terap dalam minda dia. Kalau ada adik apa yang dia perlu buat. Ajar dia berkongsi, mengenai kasih sayang macam mana supaya perasaan atau jiwa sebagai seorang kakak itu ada pada dia. Itu memang kita buat dah lama,” ujarnya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here