Home Buletin Semasa MALBATT 850-13 SELAMAT, SIAP SIAGA SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN LUBNAN

MALBATT 850-13 SELAMAT, SIAP SIAGA SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN LUBNAN

128
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Kesemua anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan penugasan di selatan Lubnan dilaporkan berada dalam keadaan selamat walaupun berlaku peningkatan aktiviti ketenteraan di kawasan berkenaan.

Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin berkata, situasi keselamatan di kawasan tanggungjawab United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) termasuk sektor yang dikawal MALBATT 850-13 menunjukkan peningkatan pergerakan dan operasi ketenteraan melibatkan Israel Defense Forces (IDF) dan kumpulan Hezbollah.

“Tentera Israel dilaporkan memasuki beberapa kawasan di Lubnan, manakala beberapa insiden serangan turut direkodkan berhampiran sektor tanggungjawab MALBATT.

“Sehubungan itu, langkah perlindungan pasukan atau force protection telah dipertingkatkan selaras dengan tahap waspada semasa,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau berkata, setakat ini tiada keperluan untuk melaksanakan evakuasi memandangkan keadaan masih terkawal.

“MALBATT 850-13 kekal pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dan bersedia mengaktifkan pelan kontigensi termasuk pemindahan kecemasan sekiranya keadaan memerlukan,”katanya.

Kementerian Pertahanan melalui Markas Angkatan Bersama, katanya, terus memantau perkembangan situasi secara rapat dengan kerjasama UNIFIL serta agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan anggota sentiasa terpelihara.

“Keselamatan setiap anggota Angkatan Tentera Malaysia sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here