TEHRAN: Sekurang-kurangnya 10 kapal tangki minyak telah diserang dengan peluru berpandu di Selat Hormuz, kata Mohammad Akbarzadeh, Timbalan Komander Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran (IRGC), lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Memandangkan amaran berulang-ulang Tentera Laut IRGC bahawa Selat Hormuz tidak selamat, lebih daripada 10 kapal tangki minyak yang mengabaikan amaran itu telah terkena pelbagai jenis peluru berpandu dan terbakar,” kata Akbarzadeh dipetik oleh agensi berita Iran, Fars.
Beliau berkata, selepas Iran mengumumkan larangan melalui Selat Hormuz, pergerakan kapal minyak, komersial dan nelayan melalui selat itu adalah mustahil.
Pada masa ini, Akbarzadeh berkata, Selat Hormuz berada di bawah kawalan penuh Tentera Laut IRGC. Bernama-Sputnik/RIA Novosti, BH Online –
IMedikel TV






