Home Buletin Semasa POSTER TULAR “NEW: MALAYSIA PASSPORT & MYKAD 2026” PALSU – JIM

POSTER TULAR “NEW: MALAYSIA PASSPORT & MYKAD 2026” PALSU – JIM

197
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan bahawa poster bertajuk “New: Malaysia Passport & MyKad 2026”  yang mengaitkan laman web rasmi JIM sebagai rujukan dan kini tular di media sosial adalah palsu.

JIM menerusi hantaran di laman Facebook rasmi semalam memaklumkan, bahawa poster tersebut bukan dikeluarkan JIM malah kandungan serta maklumat yang disampaikan adalah tidak sahih serta tidak mewakili sebarang pengumuman rasmi JIM.

Dalam pada itu JIM turut menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan dan sentiasa merujuk kepada saluran rasmi jabatan bagi memastikan ketepatan maklumat yang tepat dan sahih berkaitan pasport Malaysia atau sebarang pengumuman dasar.

Sebarang perkembangan rasmi akan dimaklumkan melalui laman web serta platform media sosial rasmi JIM.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here