Home Buletin Semasa 47 KLIEN PUSPEN SERDANG DISYAKI POSITIF DADAH, EAIC AMBIL TINDAKAN TEGAS

47 KLIEN PUSPEN SERDANG DISYAKI POSITIF DADAH, EAIC AMBIL TINDAKAN TEGAS

123
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menjalankan siasatan ke atas aduan terhadap Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengenai 47 klien Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serdang yang disyaki positif dadah jenis methamphetamine. 

EAIC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, hasil siasatan mendapati terdapat pelanggaran arahan berhubung larangan membawa masuk bahan terlarang ke dalam PUSPEN yang dilakukan oleh pegawai sewaktu bertugas. 

“Siasatan telah dijalankan selaras dengan subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700]. 

“Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib AADK dengan syor hukuman tatatertib terhadap pegawai terlibat di bawah Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] kerana ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 4(2)(i) Peraturan yang sama,”menurut kenyataan itu.

Selain itu EAIC turut mengesyorkan untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Dalam pada itu, EAIC turut mengesyorkan beberapa langkah penambahbaikan termasuk pindaan terhadap Perintah Tetap Ketua Pengarah.

“Selain itu, latihan diberikan kepada pegawai penyiasat serta pindaan terhadap Sasaran Kerja Utama agar flushing dilakukan dengan lebih kerap bagi mengelakkan kejadian berulang; dan (d) kawal selia yang lebih ketat bagi memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke PUSPEN,”jelas kenyataan itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here