Home Buletin Semasa OPS PANTAU 2026: KPDN KELANTAN PERIKSA GERAI COLEK DI PASIR MAS, SATU...

OPS PANTAU 2026: KPDN KELANTAN PERIKSA GERAI COLEK DI PASIR MAS, SATU KOMPAUN DIKELUARKAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan melaksanakan Ops Pantau 2026 dengan memberi tumpuan pemeriksaan ke atas gerai colek di lokasi tumpuan awam sekitar Selera Atas Parit dan Lati, Pasir Mas, malam kelmarin.

Operasi berkenaan dijalankan bagi memastikan pematuhan peniaga terhadap perundangan yang dikuatkuasakan KPDN, selain memantau keberadaan bekalan barangan keperluan serta menjamin kestabilan harga kepada pengguna.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi, sebanyak lapan gerai diperiksa dalam operasi tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua gerai mempamerkan tanda harga dengan jelas dan mudah dilihat, selain mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak kementerian.

“Bagaimanapun, satu tindakan kompaun telah dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 atas kesalahan yang dikesan dalam operasi berkenaan,”menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan boleh menyalurkannya melalui saluran rasmi yang disediakan oleh KPDN.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here