Home Buletin Semasa TULAR ISU CCTV DI RUANG PAKAIAN,  MYDIN KUBANG KERIAN BUAT LAPORAN POLIS

TULAR ISU CCTV DI RUANG PAKAIAN,  MYDIN KUBANG KERIAN BUAT LAPORAN POLIS

241
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pihak Pengurusan MYDIN Kubang Kerian tampil membuat laporan polis susulan dakwaan tular di media sosial yang mendakwa kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian pakaian premis itu memfokuskan ruang bilik persalinan awam.

Dalam satu kenyataan semalam, pengurusan memaklumkan pihaknya memandang serius tuduhan yang dimuat naik menerusi akaun Mohd Firman (@Firmandarus), yang mendakwa berlaku pelanggaran privasi pelanggan di premis berkenaan.

Menurut kenyataan itu, semakan terhadap rakaman visual CCTV mendapati kamera terbabit jelas memfokuskan kawasan jualan pakaian dan bukannya ruang bilik persalinan seperti yang didakwa.

“Tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas. Rakaman menunjukkan kamera tersebut hanya meliputi kawasan jualan bagi tujuan keselamatan premis,” menurut kenyataan berkenaan.

Sehubungan itu, laporan polis sudah dibuat terhadap penyebaran dakwaan tidak benar tersebut dan pihak pengurusan menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan reputasi serta kepercayaan pelanggan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here