Home Buletin Semasa JPPM TEPIS DAKWAAN SALAH LAKU BERHUBUNG ISU DALAMAN MIPP

JPPM TEPIS DAKWAAN SALAH LAKU BERHUBUNG ISU DALAMAN MIPP

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) menafikan sebarang dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan Malaysian Indian People’s Party (MIPP) berhubung keputusan jabatan itu mengenai isu dalaman organisasi berkenaan.

JPPM dalam kenyataan media pada Khamis memaklumkan, semua keputusan yang dibuat oleh JPPM adalah selaras dengan Akta Pertubuhan 1966, perlembagaan pertubuhan, serta prosedur pentadbiran yang berkuat kuasa, perlembagaan pertubuhan berkaitan serta penelitian terhadap dokumen dan representasi yang dikemukakan.

“JPPM menegaskan bahawa jabatan itu tidak mempunyai kepentingan terhadap mana-mana parti politik atau pertubuhan berdaftar, dan pertikaian dalaman adalah tanggungjawab pertubuhan itu sendiri untuk diselesaikan mengikut perlembagaan masing-masing.

“Sebarang tuduhan salah guna kuasa atau pengaruh adalah tidak berasas. JPPM juga bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan,”menurut kenyataan itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here