Home Buletin Semasa PENYELUDUP BERALIH KE LALUAN LAUT – KP KELANTAN

PENYELUDUP BERALIH KE LALUAN LAUT – KP KELANTAN

242
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sindiket penyeludupan kini beralih ke laluan laut dan Sungai Kelantan di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya percaya sindiket kini beralih menggunakan laluan itu selepas pangkalan haram di Sungai Golok diroboh bermula hujung tahun lalu.

“Laluan laut ini sangat luas, mereka boleh pergi sampai Besut, Terengganu. Selagi kita tidak memasang sistem pengawasan laut di kawasan sempadan seperti Pulau Tengkorak dan lokasi berkaitan, agak susah untuk kita pantau pergerakan mereka.

“Boleh dikatakan setiap hari cubaan kemasukan melalui laluan laut termasuk penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI),”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Sehubungan itu menurut beliau pihaknya sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin untuk mempertingkat pemantauan dan memperkemaskan operasi di laluan laut.

Bagi kawalan di darat pula beliau berkata satu pasukan petugas khas membabitkan Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Pasir, IPD Tumpat dan sebaginya selain petugas khas di IPK.

“Kita laksanakan operasi berterusan bagi memastikan laluan darat dan laut sentiasa dipantau,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here