Home Sukan AFC TERKEJUT, PELETAKAN JAWATAN SERENTAK JARANG BERLAKU

AFC TERKEJUT, PELETAKAN JAWATAN SERENTAK JARANG BERLAKU

127
0

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John memuji langkah besar semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bertindak meletak jawatan dengan serta-merta, semalam.

Memetik laporan Berita Harian, Windsor menyifatkan keputusan yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM itu menunjukkan bahawa mereka tidak mementingkan diri, sebaliknya lebih mengutamakan masa depan bola sepak Malaysia.

Malah, beliau menganggap tindakan meletak jawatan secara ‘berjemaah’ itu jarang dilihat dalam organisasi bola sepak sebelum ini sambil menjelaskan bahawa keputusan yang Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM wajar dihargai.

“Saya sendiri terkejut dengan cara Jawatankuasa Eksekutif membuat keputusan untuk meletak jawatan. Saya berada di sana sebagai saksi, jika anda bertanya kepada mereka, mereka boleh berkata apa sahaja.

“Namun, saya orang luar, saya mungkin tidak pernah melihat peletakan jawatan secara kolektif dan bersemangat solidariti seperti ini, semata-mata demi bola sepak Malaysia. Saya menghargai apa yang dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM, walaupun mereka tidak wajib meletak jawatan.

“Kami sudah melihat banyak organisasi lain, tetapi saya perlu nyatakan bahawa mereka semua meletakkan bola sepak sebagai keutamaan, mereka meletakkan imej FAM sebagai keutamaan.

“Tiada kepentingan peribadi dan mereka semua bersetuju bahawa ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan. Saya fikir bahawa mereka dihormati dan diberi penghargaan sewajarnya kerana membuat keputusan yang sangat berani demi bola sepak Malaysia,” katanya.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi pada sidang media, semalam mengumumkan semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2025–2029 secara kolektif dan sukarela meletakkan jawatan mereka dengan serta-merta.

Beliau yang juga Timbalan Presiden FAM memaklumkan keputusan itu dibuat secara sebulat suara, dengan mengambil kira tanggungjawab organisasi dan tanpa kepentingan atau jawatan peribadi.

Mantan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi catatan di laman Facebook, semalam menganggap keputusan yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM itu sebagai tindakan tepat.

“Terima kasih Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM atas khidmat yang diberikan bagi melihat gambaran yang lebih besar. Masa depan bola sepak negara didahulukan, mengatasi jawatan. Semoga FAM kembali lebih kuat hasil daripada proses semakan dan reformasi ini,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here