Home Buletin Semasa PRASEKOLAH BERMULA LIMA TAHUN, TAHUN SATU ENAM TAHUN BERMULA 2027 – PM

PRASEKOLAH BERMULA LIMA TAHUN, TAHUN SATU ENAM TAHUN BERMULA 2027 – PM

224
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun manakala Tahun Satu akan bermula pada usia enam tahun pada 2027.

Bagaimanapun, kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun Satu bukan bersifat wajib dan hanya membabitkan ibu bapa serta anak-anak yang benar-benar bersedia.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026 – 2035, di Putrajaya, hari ini.

“Untuk tahun depan, kita belum mewajibkan kerana ada ibu bapa yang masih belum bersedia, kita masih tetapkan umur tujuh tahun darjah satu, tetapi perlu bersedia daripada sekarang supaya anak-anak umur lima tahun masuk prasekolah,” katanya.

Dalam ucapannya, Anwar meminta Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil alih seluruh sistem prasekolah dan selaraskannya.

“Kita beri tumpuan semua sistem prasekolah itu, kita minta KPM ambil alih dan selaraskan.

”Sebab itu saya arah mulai sekarang hal yang diumumkan itu perlu tindakan cepat dan segera oleh kedua-dua kementerian dan Kementerian Kewangan untuk pastikan kemudahan asas itu ditambah.

”Kalau tanya unjuran KPM, semua 2029, 2030, jadi saya kata bagus cuma kerana saya yakin dengan keupayaan kedua-dua kementerian ini, semua kita akan percepatkan. Semua ’fast track’ kerana negara ini mampu menjadi negara yang berjaya,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here