Home Sukan MARTINEZ CABAR SCHOLES, BUTT BERSEMUKA

MARTINEZ CABAR SCHOLES, BUTT BERSEMUKA

MANCHESTER: Memetik laporan AGENSI menerusi Berita Harian Lisandro Martinez membalas kenyataan Paul Scholes dan Nicky Butt yang mengejek saiz badannya, malah mencabar bekas pemain Manchester United itu mengulanginya secara bersemuka.

Scholes dan Butt dalam podcast mereka sebelum kemenangan 2-0 United ke atas Manchester City di Old Trafford bergurau bahawa pertarungan Martinez dengan Erling Haaland adalah tidak seimbang.

Menurut mereka, penyerang Manchester City setinggi 1.96 meter itu boleh mengangkat pertahanan United berkenaan yang berketinggian 1.75 meter itu serta melemparkannya ke dalam gol.

United menang dalam perlawanan pertama Michael Carrick sebagai pengendali sementara, dan Martinez membantu mengekang Haaland sehingga pemain Norway itu digantikan pada minit ke-80.

Selepas perlawanan, pertahanan Argentina itu mencabar bekas pemain United itu datang ke rumahnya untuk mengulangi kata-kata mereka.

Martinez berkata: “Jujurnya, mereka boleh katakan apa saja. Saya sudah memberitahunya, jika dia mahu katakan sesuatu, dia boleh datang kepada saya pada bila-bila masa.

“Ke rumah saya pun tak mengapa. Saya tidak kisah. Saya hormati apabila mereka ingin membantu kelab kerana semua orang boleh bercakap di televisyen.

“Tetapi apabila bersemuka, tidak ada sesiapa berani mengatakan apa-apa.”

Scholes pantas membalas di media sosial dengan berkata: “Seseorang mengharungi perlawanan yang baik, sangat gembira untuk anda… tolong buatkan teh, tanpa gula.” – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here