Home Buletin Semasa NADIA KESUMA DISAHKAN MENINGGAL DUNIA

NADIA KESUMA DISAHKAN MENINGGAL DUNIA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pelakon, Nadia Kesuma, 50, yang dilaporkan hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah, Khamis lalu, disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Perkara itu disahkan oleh suaminya, Profesor Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah melalui perkongsiannya di Facebook memaklumkan pemergian isteri tercinta.

Khabar duka itu turut dikongsikan anak perempuannya yang dikenali sebagai Myra menerusi platform Threads awal pagi tadi.

“Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Binti Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari 2026, khamis sekitar pukul 8.05 malam.

“Arwah meninggal dunia disebabkan sakit jantung dan kemudiannya telah dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di lapangan terbang Jeddah.

“Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini pada pukul 11.10pm. Berita tersebut disampaikan oleh agensi pelancongan itu sendiri,”kongsinya.

Anak Nadia turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menitipkan doa kepada ibunya.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Jeddah. 

Terdahulu media melaporkan pelakon filem Syaitan Munafik dan Kudeta, Nadia Kesuma atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah Khamis lalu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here