Home Luar Negara BENGANG HARGA KUIH SAMOSA MAHAL

BENGANG HARGA KUIH SAMOSA MAHAL

216
0

NEW DELHI: Lelaki warga Amerika Syarikat (AS) yang fasih berbahasa Hindi mendapat perhatian di laman sosial.

India Times melaporkan, ia selepas Drew Hicks meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga kuih samosa yang tinggi di AS sehingga mencecah US$7.49 (RM34.44).

Dakwanya, harga makanan itu jauh lebih tinggi berbanding dengan yang dijual di India.

Hicks dilihat dengan garang menyuarakan kebimbangannya dalam bahasa Hindi yang fasih dalam video tular itu.

Luahan itu disuarakan Hicks menerusi perkongsian di Instagram (IG).

Foto: Agensi

“Dulunya lima Rupee (28 sen) sekeping (kuih ) ketika saya masih kecil,” tulisnya pada kapsyen video.

Perkongsian video itu meraih lebih 331,000 tontonan dan 31,100 tanda suka. Ada banyak juga komen lucu dengan segelintir netizen berkongsi cerita yang sama.

“Ketika muka melihat harga (kuih) samosa di negara lain, saya hilang akal. Ia sama di mana-mana, Jepun, Korea, atau London, AS,” katanya.

Samosa mempunyai kepentingan istimewa dalam makanan dan budaya India. Ia adalah makanan jalanan terkenal yang dihargai oleh semua lapisan masyarakat.

Sumber HMetro Online

Sumber AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here