KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Harian Metro, Beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting akan terus meningkatkan prestasi semasa agar boleh berada dalam kelompok 20 terbaik dunia pada tahun ini.
Bagi Xin Yee, mereka akan memberi fokus kepada setiap pertandingan agar mendapatkan keputusan positif sekali gus boleh meningkatkan ranking dunia daripada semasa ke semasa.
“Sasaran kita, sebelum tamat tahun ini, dia akan cuba capai berada dalam kelompok 20 terbaik dunia dan kita akan fokus kepada satu pertandingan ke satu pertandingan yang akan sertai selepas ini,” katanya.
Mengulas mengenai kekalahan kepada lawan dari Jepun, Rui Hirokami-Sayaka Hobara, dia melihat permainan mereka hari ini lebih baik namun terpaksa akur dengan kehebatan lawan yang lebih berpengalaman.
“Perbezaan kali ini ialah kami lebih tenang dan lebih stabil berbanding tahun lalu. Tahun lepas, ini kejohanan Super 1000 pertama kami dan pada awalnya hanya berada dalam senarai simpanan sebelum naik selepas ada pasukan menarik diri. Ketika itu, persiapan kami memang agak terhad.
“Perbezaan kali ini ialah kami lebih tenang dan lebih stabil berbanding tahun lalu. Tahun lepas, ini kejohanan Super 1000 pertama kami dan pada awalnya hanya berada dalam senarai simpanan sebelum naik selepas ada pasukan menarik diri. Ketika itu, persiapan kami memang agak terhad.
“Kali ini situasi berbeza dengan pengalaman yang lebih banyak, kami datang dengan persiapan dan keyakinan yang lebih baik. Kami juga sebenarnya cuba untuk menang kerana sebelum ini pernah menewaskan mereka tapi kena terima keputusan ini,” katanya.
Dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia, Xin Yee-Carmen tewas straight set kepada Hirokami-Hobara 16-21, 11-21 dalam masa 44 minit.
Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing turut gagal melangkah ke pusingan kedua selepas tewas kepada lawan dari Hong Kong yang juga pilihan ketujuh kejohanan, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 10-21, 9-21 hanya dalam masa 34 minit. – HMetro –
IMedikel TV






