FEZ(Maghribi): Ademola Lookman mempamerkan aksi kelas dunia ketika Nigeria melangkah bergaya ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika AFCON selepas membelasah Mozambique 4 0 dalam aksi pusingan 16 terakhir di Fez, Maghribi, awal pagi tadi.
Memetik laporan Rueters menerusi Harian Metro, penyerang lincah itu menjadi nadi utama kemenangan Super Eagles apabila menjaringkan satu gol serta mencipta tiga bantuan jaringan, manakala Victor Osimhen meledak dua gol untuk melengkapkan malam gemilang Nigeria.
Lookman membuka tirai jaringan sebelum Osimhen menggandakan kelebihan, dengan Akor Adams turut tersenarai sebagai penjaring dalam kemenangan dominan pasukan Afrika Barat itu.
Penguasaan Nigeria hampir menyeluruh sepanjang perlawanan, malah keputusan 4 0 itu boleh menjadi lebih besar sekiranya beberapa peluang mudah tidak disia siakan di depan gawang.
Kemenangan tersebut turut dicatat sebagai perbezaan terbesar setakat kejohanan AFCON edisi Maghribi, sekali gus mengukuhkan status Nigeria sebagai antara pencabar utama kejuaraan.
Osimhen sekali lagi membuktikan sentuhan berbisa di pentas benua dengan dua jaringan penting, manakala Lookman mencuri tumpuan menerusi kreativiti dan pergerakan tanpa henti yang mengucar kacirkan pertahanan lawan.
Nigeria kini bakal berdepan cabaran seterusnya di peringkat suku akhir menentang sama ada Algeria atau Republik Demokratik Congo dalam usaha meneruskan kemaraan mereka di kejohanan berprestij Afrika itu.
Prestasi meyakinkan ini pastinya meningkatkan semangat skuad Super Eagles yang berazam menebus kekecewaan di pentas antarabangsa sebelum ini dengan sasaran jelas menjulang trofi AFCON. – REUTERS, HMetro Online –
IMedikel TV






