Home Buletin Semasa RAKYAT KELANTAN BOLEH MOHON LESEN MENDULANG EMAS MULAI ESOK

RAKYAT KELANTAN BOLEH MOHON LESEN MENDULANG EMAS MULAI ESOK

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan yang berminat menjalankan aktiviti mendulang emas secara sah boleh mula mengemukakan permohonan lesen bermula esok.

Menerusi laporan UPKN, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata pembukaan permohonan lesen itu dibuat susulan penetapan beberapa kawasan berpotensi yang dikenal pasti mempunyai sumber mineral emas.

Menurut beliau, kawasan-kawasan berkenaan akan digazetkan dalam masa terdekat selepas dibincangkan di peringkat Mesyuarat Exco sebelum dibentangkan untuk kelulusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

“Setiap permohonan akan diproses mengikut syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here