Home Buletin Semasa ASMA’ HARUN TEGUR NORMALISASI PASANGAN BELUM NIKAH DALAM KANDUNGAN MEDIA SOSIAL

ASMA’ HARUN TEGUR NORMALISASI PASANGAN BELUM NIKAH DALAM KANDUNGAN MEDIA SOSIAL

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pendakwah bebas, Asma’ Harun, menzahirkan kebimbangan terhadap trend kandungan media sosial yang didakwa semakin menormalisasikan paparan pasangan belum bernikah, khususnya atas alasan pemasaran dan penciptaan kandungan digital.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, beliau menyifatkan fenomena tersebut sebagai sesuatu yang “memalukan dan tidak patut”, lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan secara terbuka dan diraikan oleh netizen tanpa teguran, sebaliknya dipuji atas alasan kandungan itu kelihatan manis dan menghiburkan.

Menurut Asma’, situasi berkenaan menjadi lebih membimbangkan apabila membabitkan individu berpengaruh serta pemimpin masyarakat yang seharusnya menjadi contoh teladan kepada golongan muda, namun dilihat seolah-olah mengabaikan batasan syariah.

“Sekarang dah masuk Rejab ni, jangalah daj Ramadhan nanti makin banyk content tak patuh syariah ni makin banyak sebab nak iklan Raya.

“Kepada pemilik produk atau busana, janganlah kerana nak lariskan jualan, sanggup berhabis buat marketing asal viral walau melampaui batasan Syarak. Adakah tak mahu cari keberkatan dalam mencari rezeki? Atau asal dapat kaut banyak untung, lepas tu bersihkan atau sedapkan hati dengan Sedeqah. Kebaikan dan keburukan tidak boleh dicampur aduk, perbuatan ini salah faham besar dan ia adalah tipu daya iblis,”tegasnya.

Dalam perkongsian sama, beliau mengingatkan tentang pesanan Nabi Muhammad SAW bahawa seluruh umatnya akan diampunkan kecuali golongan yang melakukan dosa secara terang-terangan.

Teguran tersebut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial dan mencetuskan perbincangan mengenai tanggungjawab pembuat kandungan, peniaga serta masyarakat dalam menjaga nilai dan adab Islam dalam ruang digital masa kini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here