Home Luar Negara JENERAL KANAN RUSIA TERBUNUH DALAM LETUPAN BOM DI MOSCOW

JENERAL KANAN RUSIA TERBUNUH DALAM LETUPAN BOM DI MOSCOW

MOSCOW: Ketua Direktorat Latihan Operasi di Staf Am Angkatan Tentera Rusia, Leftenan Jeneral Fanil Sarvarov terbunuh dalam letupan di selatan Moscow pada pagi Isnin, menurut jurucakap Jawatankuasa Siasatan Rusia Svetlana Petrenko, memetik Bernama-Tass menerusi Harian Metro.

“Berdasarkan siasatan, pada pagi 22 Disember, satu peranti letupan yang diletakkan di bawah kereta diaktifkan di Jalan Yasenevaya, Moscow.

“Sarvarov meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam letupan itu,” kata Petrenko kepada Agensi Berita Rusia TASS.

Menurut beliau, Direktorat Siasatan Utama Moscow membuka kertas siasatan di bawah Perkara 105 Bahagian 2 Kanun Jenayah Rusia (pembunuhan yang dilakukan dengan cara membahayakan orang awam) serta Perkara 222.1 (pemerdagangan bahan letupan secara haram).

Petrenko berkata, penyiasat kini meneliti beberapa kemungkinan motif di sebalik pembunuhan berkenaan.

Sarvarov dilahirkan pada 11 Mac 1969 di Gremyachinsk, Wilayah Perm, Rusia, dan pernah memegang pelbagai jawatan utama sepanjang kerjaya ketenteraannya.

Pada 2015 hingga 2016, beliau melaksanakan tugasan berkaitan perancangan dan pelaksanaan operasi ketenteraan di Syria, sebelum dilantik sebagai Ketua Direktorat Latihan Operasi Staf Am pada 2016.

Sarvarov dianugerahkan Order of Courage, Pingat Suvorov serta Order of Merit to the Fatherland kelas pertama dan kedua. – BERNAMA-TASS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here