Home Buletin Semasa 84 PESERTA SERTAI KELANTAN MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2025

84 PESERTA SERTAI KELANTAN MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2025

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

MACHANG: Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada 84 peserta, termasuk dua dari Indonesia, yang menyertai Program Kelantan Mountain Bike Challenge 2025 di Taman Eko Rimba Bukit Bakar, di sini, semalam.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau memaklumkan acara sukan lasak itu menerima sambutan menggalakkan daripada para peserta.

Menurutnya, penganjuran program berkenaan bukan sahaja menguji ketahanan fizikal peserta, malah memberi peluang kepada mereka menikmati keindahan ekopelancongan negeri ini, khususnya landskap alam semula jadi di Taman Eko Rimba Bukit Bakar yang berpotensi digabungkan dengan aktiviti sukan dan rekreasi secara lestari.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang serta semua peserta atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung,” katanya.

Beliau turut berharap penganjuran program seumpama itu dapat terus memperkasakan pembangunan sukan lasak serta mempromosikan sektor ekopelancongan Kelantan ke peringkat lebih luas.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here