Home Hiburan ADIRA SUDAH MOVE ON’ – KAKAK ADIRA DAKWA DATUK RED MASIH PAKSA...

ADIRA SUDAH MOVE ON’ – KAKAK ADIRA DAKWA DATUK RED MASIH PAKSA RUJUK

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian pelakon dan penyanyi, Emma Suhaimi mendakwa kakaknya, Adira Suhaimi, tidak pernah bersetuju dengan cubaan bekas suami, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, yang dikatakan masih berhasrat untuk kembali rujuk.

Menurut Emma, Adnan yang dikatakan masih menaruh harapan untuk merujuk semula, melakukan pelbagai cara termasuk memaksa Adira menerima kembali dirinya meskipun kakaknya itu sudah berusaha meneruskan kehidupan baharu.

“Dia paksa dengan macam-macam cara sampai ke tahap yang paling tidak selesa. Ami (Adira) sudah hendak ‘move on’, tetapi dia tidak dapat terima. Ami sudah jumpa jalan keluar dan membawa haluan sendiri, tetapi Adenan pula membawa perkara ini ke mahkamah.

“Keluarga terkejut dan tidak bersetuju dengan tindakan itu,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram Story.

Sebelum ini, bertebaran spekulasi menyatakan Adnan memfailkan pengesahan rujuk di Mahkamah Syariah Gombak Barat, Rabu lalu, tanpa pengetahuan Adira yang hanya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh peguam.

Melalui hantaran yang sama, Emma menegaskan dia dan ahli keluarga lain tidak pernah bersetuju, malah sebulat suara menolak Adira kembali bergelar isteri kepada usahawan berkenaan.

“Kami sekeluarga mahu mereka berdua mempunyai kehidupan baharu. Doa yang terbaik buat kedua-duanya. Ami layak bahagia, Adenan juga layak bahagia.

“Tetapi untuk membiarkan adik kami berada di tempat yang sama, berjuang sendirian dengan drama yang tiada penamat serta masalah yang tiada penghujung, kami tidak sangggup.

“Buat Adnan, bila tak mampu beri bahagia, jangan hulurkan sengsara dan sakit berpanjangan.

“Mak kata, tidak mengapa Adira teruskan lawan. Kali ini, kami sekeluarga memilih untuk bersuara. Cukuplah hampir 10 tahun melalui hal yang sama,” ungkapnya.

Untuk rekod, Adira mendirikan rumah tangga dengan Adnan pada 2015 dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Songkhla, Thailand. Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila pasangan berkenaan sah bercerai talak satu pada April tahun lalu. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here