Home Luar Negara JEREBU TEBAL: DELHI HADKAN KEHADIRAN KE PEJABAT KEPADA 50 PERATUS

JEREBU TEBAL: DELHI HADKAN KEHADIRAN KE PEJABAT KEPADA 50 PERATUS

NEW DELHI: Pihak berkuasa Delhi mengumumkan pada Rabu pelaksanaan kerja dari rumah secara mandatori bagi 50 peratus pekerja di organisasi kerajaan dan swasta ketika ibu negara India itu berdepan jerebu tebal, lapor Xinhua.

“Bermula Khamis, semua institusi kerajaan dan swasta mesti memastikan 50 peratus tenaga kerja mereka bekerja dari rumah,” kata Menteri Buruh tempatan Kapil Mishra dalam satu sidang media, sambil menegaskan yang arahan itu terpakai secara menyeluruh merentas semua sektor.

Memetik laporan Bernama-Xinhua menerusi Harian Metro, bagaimanapun, langkah itu tidak membabitkan pekerja dalam jabatan yang menyediakan perkhidmatan penting seperti hospital, tindak balas kecemasan, perkhidmatan bomba, serta jabatan yang terbabit dalam usaha memerangi pencemaran udara, antara lain.

Mishra berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan perjalanan harian dan seterusnya menurunkan pelepasan kenderaan.

Beliau turut memberi amaran tindakan akan diambil terhadap institusi yang gagal mematuhi arahan itu.

Pencemaran udara di Delhi, yang menempatkan lebih 30 juta penduduk, semakin meruncing pada musim sejuk.

Kemerosotan kualiti udara itu dikaitkan dengan kelajuan angin yang perlahan, pembakaran sisa tanaman di negeri jiran, aktiviti perindustrian, trafik kenderaan, serta kegiatan pembinaan yang berleluasa.-Bernama-Xinhua, HMetro Online- 

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here