Home Luar Negara ANAK SULUNG TRUMP BERTUNANG DENGAN SOSIALIT

ANAK SULUNG TRUMP BERTUNANG DENGAN SOSIALIT

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan kepada tetamu dalam satu majlis perayaan di Rumah Putih pada malam 15 Disember lalu bahawa anak sulungnya, Donald Trump Jr sudah bertunang dengan Bettina Anderson, lapor The New York Times.

Memetik laporan Agensi memetik Harian Metro, Bettina adalah seorang sosialit dari Palm Beach, Florida, yang sebelum ini sering dikaitkan dengan Trump Jr dalam laporan media.

Jurucakap Trump Jr, Andrew Surabian turut mengesahkan berita pertunangan berkenaan sekali gus menamatkan spekulasi mengenai hubungan pasangan itu.

Pengumuman Trump itu menumpukan perhatian kepada hubungan yang sekian lama menjadi bahan spekulasi tabloid sebelum ini.

Pada Disember 2024, sebuah tabloid British pernah menerbitkan gambar Trump Jr, 47, dan Bettina berpegangan tangan di Palm Beach.

Beberapa jam selepas gambar berkenaan tular, Kimberly Guilfoyle, yang ketika itu adalah tunang Trump Jr dinamakan sebagai pilihan bapanya untuk menjadi duta ke Greece.

Kimberly kemudian mengangkat sumpah sebagai duta ke Greece pada September lalu dan dihantar bertugas ke Athens pada November.

Trump Jr, yang mengendalikan Organisasi Trump bersama adiknya, Eric, kini giat menjalankan pelbagai usaha perniagaan dengan memanfaatkan nama keluarga dan kedudukannya yang rapat dengan Presiden.

Beliau juga kerap dilihat muncul di khalayak ramai bersama Bettina sejak bapanya kembali memegang jawatan di Rumah Putih secara rasmi.

Ini adalah pertunangan ketiga Trump Jr selepas perkahwinan pertamanya dengan Vanessa pada 2005 berakhir dengan perceraian pada 2018.-Agensi, HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here