Home Buletin Semasa REMAN SUSPEK KES BUNUH WANITA HAMIL AKAN DILANJUT

REMAN SUSPEK KES BUNUH WANITA HAMIL AKAN DILANJUT

164
0

SUNGAI BESAR: Polis akan membuat permohonan lanjutan reman ke atas suspek disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil, sebelum membakar mayat mangsa di kebun kelapa sawit Jalan Sungai Limau, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata permohonan lanjutan reman ke atas lelaki berusia 20 tahun itu akan dibuat hari ini.

Beliau berkata, suspek direman enam hari sebelum ini dan akan berakhir hari ini.

“Kita akan membawa lelaki itu ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor pagi esok (pagi ini) (bagi memohon reman dilanjutkan),” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes wanita hamil empat bulan dipercayai kekasihnya, yang mayatnya ditemui dalam keadaan terbakar di kawasan belukar kebun kelapa sawit Jalan Sungai Limau di sini, 23 Mei lalu.

Pembunuhan dipercayai berpunca daripada suspek yang mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit dengan mangsa berusia 21 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Agus Salim berkata, tindakan orang ramai menyebarkan spekulasi hanya akan mengganggu siasatan.

“Kebelakangan ini, polis mendapat pelbagai maklum balas orang awam dengan pelbagai maklumat disebar menerusi media sosial.

“Orang ramai diingatkan tidak menularkan sebarang komen atau kenyataan tidak benar dan sahih,” katanya.

Beliau berkata, polis tidak akan teragak-agak membuka kertas siasatan ke atas individu mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan pendakwaan boleh dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here