Home Luar Negara SERANGAN BERDARAH DI BONDI BEACH: PENYERANG DIDAKWA DIDORONG ‘IDEOLOGI DAESH’

SERANGAN BERDARAH DI BONDI BEACH: PENYERANG DIDAKWA DIDORONG ‘IDEOLOGI DAESH’

SYDNEY: Tindakan lelaki dan anak lelakinya melepaskan tembakan dan mengorbankan 15 orang di festival Hanukkah di Bondi, bertindak di bawah ‘ideologi Daesh’.

Memetik laporan AFP meneruis Berita Harian, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, hari ini, berkata petunjuk awal mendapati suspek iaitu Sajid Akram, 50 dan anaknya, Naveed, 24, terpengaruh dengan radikalisasi sebelum melakukan ‘pembunuhan beramai-ramai’.

Beliau berkata, kejadian itu dilihat didorong ideologi Daesh yang sudah wujud lebih sedekad lalu, membawa kepada kebencian dengan dalam kes berkenaan ia membabitkan kesediaan untuk pembunuhan beramai-ramai.

Selain itu, katanya, perhatian agensi risikan tertumpu kepada Naveed pada 2019, tetapi dia ketika itu tidak dianggap sebagai ancaman segera.

“Naveed menarik perhatian mereka kerana hubungan dengan individu lain.

“Dua daripada individu dikaitkan dengannya sudah didakwa dan dipenjara, tetapi dia ketika itu tidak dilihat sebagai individu menjadi perhatian,” katanya.

Sajid, dan Naveed, 24, melepaskam tembakan yang mengorbankan 15 orang dalam serangan bersenjata yang menyasarkan sambutan Hanukkah di pantai terkenal itu, kelmarin.

Dua beranak itu melepaskan tembakan menggunakan senjata laras panjang selama 10 minit sebelum polis menembak dan membunuh Sajid.

Naveed ditangkap dan kini dalam keadaan koma akibat kecederaan serius dan berada di hospital dan diletakkan di bawah pengawasan polis manakala bapanya turut terbunuh.

Sementara itu, puluhan orang ramai beratur di Bondi Beach, Sydney untuk memberi penghormatan kepada mangsa insiden tembakan beramai-ramai terburuk di Australia dalam hampir 30 tahun.

Memorial bunga didirikan di Bondi Pavilion, beberapa meter dari lokasi serangan.

Pantai Bondi dibuka hari ini, tetapi lengang dan kebanyakan lokasi kosong.

Bondi adalah pantai paling terkenal di Sydney, terletak kira-kira 8.2 kilometer dari pusat bandar dan menarik ratusan ribu pelancong antarabangsa setiap tahun. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here