Home Buletin Semasa PELAJAR LELAKI IPT DITAHAN HALANG TUGAS POLIS, PANDU MELULU

PELAJAR LELAKI IPT DITAHAN HALANG TUGAS POLIS, PANDU MELULU

154
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

JELI: Seorang pelajar lelaki institusi pengajian tinggi (IPT) di Jeli ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam dan memandu kereta secara melulu ketika petugas Unit Kereta Peronda (MPV) mendekatinya untuk membuat pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Kamarulzaman Harun berkata, kejadian berlaku lebih kurang jam 3.30 petang semalam ketika anggota MPV sedang membuat rondaan dan melihat kenderaan jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan, di Kampung Sungai Rual, Jeli.

“Pemandu tersebut bertindak memecut kenderaan dan enggan beri kerjasama untuk diperiksa.

“Ekoran daripada itu, berlaku kejar mengejar dan pemandu lelaki itu bertindak menghimpit serta memandu secara melulu sebelum berjaya ditahan di Kampung Rabbana, Jeli,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Kamarulzaman berkata, pemandu tersebut bertindak melarikan diri sehingga berlaku pergelutan.

Beliau berkata, setelah diperiksa, anggota MPV mendapati terdapat seorang remaja perempuan yang masih bersekolah di dalam kereta berkenaan.

Bagaimanapun, katanya kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod lampau malah terkejut kerana diperiksa oleh anggota polis.

“Pemeriksaan akan dijalankan ke atas mereka.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam melaksanakan tugas dan memandu secara berbahaya,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here