KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli, 39, mendapat sokongan netizen yang mahu dia muncul berniaga secara live di TikTok seperti pernah dilakukan pelakon Fattah Amin sebelum ini.
Memetik laporan Harian Metro, Kamal yang kini banyak mendapat tawaran menjadi jurucakap produk menerusi video dimuat naik di Instagram (IG) memaklumkan dia bukan individu yang aktif di media sosial.
“Bantu saya… tengah confused! (keliru),” tulisnya pada kapsyen video dimuat naik itu.
Katanya, dia mendapat tawaran daripada satu jenama untuk membuat perniagaan secara langsung di TikTok, namun masih keliru membuat keputusan.
“Saya nak luah sedikit ni, saya dapat tawaran untuk buat berniaga secara live (siaran langsung). Tapi saya ini dah lah jarang main-main TikTok semua dan jaranglah juga buat live TikTok ni.
“Jadi, otak saya ini sekarang fikir saya takut nanti saya tak mampu nak buat dan kecewakan orang. Jadi, patut ke saya terima tawaran buat live itu? Takut kecewa tau,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen memberikan komen positif dan kata-kata semangat kepada Kamal dengan menyifatkan dia juga mampu melakukannya sebaik Fattah.
“Macam mana kita sokong Fattah dulu, macam itu juga kita sokong Kamal,” kata seorang warga maya.
“Perlahan-lahan belajar buat live Kamal, insyaAllah awak boleh,” komen pengguna media sosial.
“Awak kena yakin Kamal, awak tak akan mengecewakan kami yang sokong,” kata seorang warganet.
Kamal yang berhadapan permohonan cerai oleh isterinya, Uqasha Senrose, 33, di mahkamah kini semakin dilimpahi rezeki. – HMetro Online –
IMedikel TV






