Home Luar Negara 1.2 DADAH DIRAMPAS ONCB DI SONGKHLA

1.2 DADAH DIRAMPAS ONCB DI SONGKHLA

113
0

SONGKHLA: Sebanyak 1.2 tan dadah jenis kristal Methamphetamine bernilai 120 juta baht (RM15.9 juta) berjaya dirampas oleh Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB) di Songkhla, selatan Thailand semalam.

Menurut Setiausaha Agung Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB) Wichai Chaimongko,l dadah itu dirampas di sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan.

Sementara itu, beliau berkata sebahagian dadah juga ditemukan dalam dua buah pikap yang pakir di pekarangan rumah.

“Ini adalah rampasan terbesar pada tahun ini. Siasatan awal mendapati dadah itu dipercayai akan diseludup ke Malaysia,” katanya.

Beliau menambah ketibaan pasukan ONCB disedari sindiket itu dan mereka berjaya meloloskan diri.

“Kami berjaya merampas dua kereta dan sebuah motosikal,” katanya.

Sumber BERNAMA

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here