Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Amaran hujan berterusan tahap bahaya dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini membabitkan lima daerah di Kelantan hingga Selasa ini.
Menerusi kenyataan MetMalaysia lima daerah tersebut termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
Selain itu amaran hujan berterusan tahap buruk hingga Selasa ini membabitkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik & Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang & Kuala Krai) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang & Dungun).
Manakala amaran hujan tahap waspada hingga esok membabitkan tiga negeri iaitu Kedah (Yan, Kuala Muda, Kulim & Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang & Muallim).
Manakala amaran hujan berterusan tahap waspada pula membabitkan satu daerah di Kelantan iaitu Gua Musang serta Kemaman di Terengganu hingga Rabu ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1- 300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
IMedikel TV






