Home Buletin Semasa PGA RAMPAS KAYU BALAK, KAYU SIAP PROSES BERNILAI RM6.3 JUTA

PGA RAMPAS KAYU BALAK, KAYU SIAP PROSES BERNILAI RM6.3 JUTA

282
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kayu balak dan kayu siap diproses bernilai anggaran RM6.3 juta dalam serbuan di sebuah kilang kayu di Gong Padang Setol dekat Pasir Puteh, pada Khamis lalu.

PGA dalam kenyataan memaklumkan rampasan hasil hutan tersebut dilakukan semasa serbuan kira-kira jam 2 petang menerusi Ops Taring Wawasan.

“Semasa serbuan dilakukan terdapat dua orang lelaki warganegara Indonesia berada di kilang tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati pemilik kilang lelaki tempatan berumur 53 tahun gagal menunjukkan sebarang pas memindah hasil hutan untuk memproses kayu-kayu di kilang tersebut,”menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan sebanyak 900 batang kayu bulat pelbagai saiz dan spesis, 16,700 batang kayu yang sudah siap diproses bersama beberapa peralatan-peralatan memproses kayu turut dirampas untuk siasatan.

“Anggaran rampasan bernilai RM 6.3 juta dan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat dibawah Seksyen 3(2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985, Seksyen 55E dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1953/69,”jelas kenyataan itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here