Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
BACHOK: Sebanyak lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di tiga jajahan Kelantan iaitu Kota Bharu, Tumpat dan Bachok setakat jam 5.35 petang, hari ini.
Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS berkenaan melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, SK Pengkalan Kubor 2, SK Seri Tumpat 2, SK Pauh Sembilan dan SK Jelawat.
Di Bachok sahaja, seramai 199 mangsa daripada 61 keluarga telah ditempatkan di dua PPS berkenaan.
Sementara itu, di Kota Bharu, sembilan keluarga melibatkan 10 mangsa direkodkan berada di PPS, manakala Tumpat masih belum mempunyai mangsa walaupun dua PPS telah dibuka.
IMedikel TV






