Home Buletin Semasa METMALAYSIA KELUARKAN AMARAN HUJAN BERTERUSAN DI ENAM NEGERI TERMASUK KELANTAN

METMALAYSIA KELUARKAN AMARAN HUJAN BERTERUSAN DI ENAM NEGERI TERMASUK KELANTAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri, dijangka berlaku bermula pada Rabu hingga Jumaat ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri yang terbabit termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar).

Amaran sama juga dikeluarkan bagi Kelantan dan Terengganu membabitkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1- 300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here