Home Sukan SZE FEI-IZZUDDIN TERKANDAS SEPARUH AKHIR MASTERS KUMAMOTO

SZE FEI-IZZUDDIN TERKANDAS SEPARUH AKHIR MASTERS KUMAMOTO

283
0

KUALA LUMPUR: Pintu buat beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani untuk mengesahkan tiket ke Pusingan Akhir Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China bulan depan tertutup selepas terkandas di separuh akhir Masters Kumamoto, sebentar tadi.

Memetik laporan Berita Harian, hasrat pasangan nombor empat dunia itu lebur apabila terpaksa akur kepada gandingan tuan rumah yang berada di ranking ke-29 dunia, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita dengan kekalahan 12-21, 17-21 dalam pertarungan selama 38 minit di Gimnasium Wilayah Kumamoto.

Kekalahan itu menyaksikan Sze Fei-Izzuddin gagal mengutip mata yang diperlukan untuk menghidupkan peluang ke Hangzhou.

Berada di ranking ketujuh Jelajah Dunia, mereka perlu muncul juara di Masters Kumamoto dan Terbuka Australia yang bermula Selasa ini bagi memintas beregu kebangsaan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun di kedudukan ketiga.

Dengan keputusan itu, Wei Chong-Kai Wun yang sebelum ini tersingkir pada pusingan pertama Masters Kumamoto, sah melayakkan diri ke Pusingan Akhir Jelajah Dunia buat kali pertama, selepas mengekalkan status sebagai beregu kedua terbaik Malaysia dalam ranking jelajah itu.

Sebelum ini, beregu nombor dua dunia, Aaron Chia–Soh Wooi Yik sudah pun mengesahkan slot ke Hangzhou selepas selesa menghuni tangga kedua.

Hanya lapan pemain atau pasangan terbaik layak beraksi pada Pusingan Akhir Jelajah Dunia dengan setiap negara dihadkan maksimum dua wakil. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here