Home Sukan PULISIC TERBIT BUKU KANAK-KANAK

PULISIC TERBIT BUKU KANAK-KANAK

LONDON: Bekas pemain sayap Chelsea, Christian Pulisic mengumumkan penerbitan buku kanak-kanak terbaharunya.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, buku itu berjudul ‘Christian’s Soccer Superpowers’ dan menceritakan kisah tentang fokus, tekad dan keyakinan.

Ia akan mula dijual pada April tahun depan, dua bulan sebelum bermulanya Piala Dunia di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Mengumumkan berita itu di media sosial, Pulisic menulis: “Saya teruja untuk mengumumkan buku kanak-kanak pertama saya, CHRISTIAN’S SOCCER SUPERPOWERS, akan diterbitkan pada 28 April 2026!

“Ia dilukis oleh @marta.kissi yang sangat berbakat dan saya tidak sabar untuk berkongsi kisah tentang fokus, ketabahan dan keyakinan ini dengan kanak-kanak serta keluarga di seluruh dunia!”

Beliau turut mendedahkan kulit buku tersebut yang memaparkan seorang budak lelaki sedang menyepak bola di tengah-tengah sebuah stadium yang penuh sesak.

Pulisic menerima reaksi sangat positif terhadap pengumuman itu, dengan seorang peminat menulis: “Tak sabar. Anak-anak saya pasti sukakannya. Tahniah.”

Seorang lagi menambah: “Tak sabar nak baca ini bersama anak saya!!”

Manakala seorang ketiga memberi komen: “Tahniah Christian!”

Pulisic kini bermain untuk AC Milan dan membuat sembilan penampilan setakat musim ini, menjaringkan enam gol dan menghasilkan dua bantuan gol.

Dia menyertai kelab itu dalam perpindahan bernilai £20 juta (RM108 juta) dari Chelsea dua tahun lalu selepas bergelut mendapatkan masa permainan di Stamford Bridge.

Penyerang itu menghabiskan empat tahun bersama The Blues dan membuat 145 penampilan.

Sepanjang tempoh itu, dia menyumbang kepada 47 gol dan memenangi Liga Juara-Juara, UEFA Super Cup dan Piala Dunia Kelab.

Namun, dia mula meraih kemasyhuran ketika bersama Borussia Dortmund dari 2016 hingga 2019 dan membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain muda paling menjanjikan di dunia. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here