Home Sukan GAMBAR HITAM PUTIH FAISAL HALIM CETUS TANDA TANYA

GAMBAR HITAM PUTIH FAISAL HALIM CETUS TANDA TANYA

KUALA LUMPUR: Pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim sekali lagi mencuri perhatian wargamaya selepas memuat naik gambar hitam putih tanpa kapsyen di laman Instagram miliknya, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, meskipun hantaran itu tanpa sebarang kata, ruangan komen dibanjiri ribuan mesej sokongan dan doa daripada netizen yang bersatu hati memberikan kata-kata semangat buat Faisal atau lebih mesra disapa Mickey.

Rata-rata pengikut mendoakan agar pemain sayap Harimau Malaya itu terus kuat berdepan ujian, bukan sahaja di padang, tetapi juga dalam kehidupan peribadinya.

Untuk rekod, Faisal sebelum ini berdepan pelbagai dugaan di luar padang termasuk isu rumah tangga yang kembali menjadi perhatian ramai.

Isnin lalu, isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahri memuat naik gambar di laman sosial dengan kapsyen berbunyi “perkahwinan bukan satu perjudian, patut layan aku macam sampah” yang kembali mencetuskan tanda tanya mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Sebelum ini, Syazwani pernah memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, namun kedua-duanya memilih untuk berbaik semula demi keluarga.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan.

Walaupun dihujani pelbagai ujian, Faisal kekal mendapat sokongan padu daripada peminat yang berharap agar beliau terus kuat dan fokus terhadap karier bola sepaknya bersama Selangor FC dan skuad kebangsaan.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here