KOTA BHARU: IMedikel Pharma Holding Berhad (IMPHB) tampil sebagai panel penilai bagi menilai projek inovasi pelajar dalam sektor industri pembuatan sempena Research, Innovation, Competition & Exhibition (RICE 2025).
Penolong Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Korporat IMedikel, Firdaus Mohamed Yusoff, berkata program itu adalah untuk mendedahkan kreativiti dan perancangan strategi perniagaan baharu menerusi projek hasil inovasi pelajar.
“Projek yang dihasilkan bukan sahaja mencerminkan kematangan idea dan kemahiran teknikal, malah menonjolkan semangat inovatif pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Bharu (PKB).
“Seramai 12 panel penilai luar dilantik bagi menilai projek-projek inovasi yang dipertandingkan dalam RICE 2025,” katanya selepas menghadiri Majlis Penutupan RICE 2025, di PKB, baru-baru ini.
Menurutnya, projek itu dinilai oleh juri yang berpengalaman dalam bidang perniagaan dan penghasilan produk inovasi, Siti Rahayu Ahmad.
Hadir sama, Pengarah PKB, Ts. Mohd Hisham Makhtar, Timbalan Pengarah Akademik, Ir. Mohd Zaidi Che Mod, dan Ketua Jabatan Perdagangan PKB, Juli Suzlin Mohd Jalaludin.