Home Sukan LIVERPOOL CABAR KEPUTUSAN PENGADIL BATAL GOL VAN DIJK

LIVERPOOL CABAR KEPUTUSAN PENGADIL BATAL GOL VAN DIJK

LONDON: Liverpool mencabar keputusan pengadil yang membatalkan jaringan Virgil van Dijk menerusi tandukan ketika kekalahan 0-3 kepada Manchester City di Stadium Etihad, awal pagi semalam.

Jika jaringan pada minit ke-38 itu disahkan, kedudukan menjadi 1-1 tetapi pengadil Chris Kavanagh tidak membenarkannya dan ia disokong oleh VAR dalam keputusan yang kontroversi itu.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, Kavanagh menyatakan Andy Robertson menundukkan badannya untuk mengelak bola sebagai alasan kedua-dua offsaid dan ‘melakukan tindakan jelas’ secara langsung di hadapan Gianluigi Donnarumma.

Walaupun pengurus Arne Slot tidak menyebut insiden itu sebagai punca kekalahan terbaru pasukannya, pihak Liverpool membuat bantahan rasmi terhadap keputusan itu kepada badan pengadil PGMOL.

Difahamkan, pihak pengurusan Anfield berhujah bahawa tindakan Robertson di hadapan Donnarumma tidak menepati teks Undang-undang 11 dalam undang-undang permainan bola sepak.

Undang-undang itu menyatakan: “Mengganggu permainan dengan bermain atau menyentuh bola yang dihantar atau disentuh oleh rakan sepasukan; atau mengganggu lawan dengan: mencegah lawan daripada bermain atau berupaya bermain bola dengan jelas menghalang pandangan lawan, atau mencabar lawan untuk bola atau cuba bermain bola yang dekat apabila tindakan ini memberi kesan kepada lawan, atau melakukan tindakan jelas yang menjejaskan keupayaan lawan untuk bermain bola.”

Malangnya, aduan Liverpool mungkin tidak membuahkan hasil, dan ia pasti tidak akan mengubah keputusan mengecewakan tetapi sekurang-kurangnya kelab menyatakan pendirian mereka mengenai rasa tidak puas hati mereka kepada PGMOL secara rasmi dan tersusun.-Agensi, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here