Home Hiburan TINDAKAN NUBHAN CUBA PISAH TIGA ANAKNYA DENGAN IBU MEREKA DIKECAM NETIZEN

TINDAKAN NUBHAN CUBA PISAH TIGA ANAKNYA DENGAN IBU MEREKA DIKECAM NETIZEN

KUALA LUMPUR: Penyanyi Nubhan Ahmad, 36, terus menerima kecaman netizen termasuk disifatkan sebagai lelaki ego kerana mahu memisahkan anak-anak dengan ibunya.

Apatah lagi, Nubhan kini didapati kerap memuat naik video dia bersama anak-anak di media sosial berbanding dulu hingga netizen juga mempersoal apa tujuan sebenarnya.

Memetik laporan Harian Metro, baru-baru ini, Nubhan memuat naik hantaran video di Instagram (IG) dia dan anak-anak menjamu selera bersama, manakala anak perempuan bongsu diuruskan oleh bibik.

“Tiada yang lebih ternilai melainkan masa bersama anak-anak.. abah sayang semua anak abah,” tulisnya pada kapsyen video itu.

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen kesal dengan tindakan Nubhan dan menasihatinya memberi peluang anak-anak itu dijaga sendiri oleh ibu mereka.

“Kalau betul sayangkan anak-anak, jangan pisahkan diaorang (mereka) dengan mak kandung diaorang,” komen wargamaya.

“Kau sendiri pun ‘anak emak’. Lepas tu kau nak pisahkan anak-anak kau dari mak dia, kasihannya anak-anak jadi mangsa macam ni,” tulis netizen.

“Anak adalah nyawa bagi seorang ibu.. kalau kau dah buang isteri, jangan kau pisahkan dia dengan anak-anak dia,” kata seorang warganet.

“Weh Nubhan, tak payahlah nak pisahkan ibu dengan anak. Janganlah jahat sangat,” ujar seorang pengguna media sosial.

Pada September lalu, Nubhan memfailkan tuntunan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sebelum itu, Nubhan memfailkan permohonan pengesahan perceraian untuk dua lafaz cerai dilakukannya dan satu lafaz rujuk terhadap isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 35, di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Bagaimanapun, permohonan perceraian dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang pernah berlaku pada tahun 2017 dan pada 26 Ogos lalu itu serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Pasangan Nubhan dan Dr Afifah bernikah pada 29 Ogos 2015. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6 dan Afzan Nayillle, 3. -HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here