KUALA LUMPUR: Pelakon Linda Hashim, 41, terkilan suaminya juga pelakon Beego, 44, tidak menghadiri dan menyokong anak kedua mereka Anggun Cassandra yang menyertai International Choir Festival.
Memetik laporan menerusi Harian Metro, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim meluahkan kekesalan itu kerana dia sudah membeli tiket untuk acara yang agak penting buat mereka sebagai ibu bapa.
“Anak masuk International Choir Festival kot! Batang hidung pun tak nampak. Rugi jelah tiket aku beli! Ulang tahun kawan hari-hari boleh pula,” katanya.
Kekecewaan itu diluahkan Linda menerusi Instastory dengan memuat naik hantaran fotonya bersama Anggun.
Dalam pada itu, dia turut mendedahkan Beego sering meluangkan masa dengan rakan-rakan tetapi mengabaikan momen bermakna bersama anak-anak.
“Pergi goyang boleh saja hari-hari sambut ulang tahun kawan-kawan, datang hari penting anak-anak tak pernah muncul langsung! Anak ambil anugerah tiap tahun pun batang hidung tak pernah nampak.
“Tak rasa rugi ke tak dapat momen ini dengan anak-anak?” komennya menerusi ruangan TikTok video permohonan maaf Beego terhadap mereka.
Rumah tangga pasangan terbabit ‘goyah’ sejak Januari lalu selepas Linda memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.
Bagaimanapun kes itu masih belum dapat diselesaikan secara baik.
Terdahulu, mereka pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April 2023.
Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.
Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun. – HMetro Online –
IMedikel TV






