Home Buletin Semasa PASAR DI KELANTAN DIINSPIRASI TOKOH WANITA ISLAM

PASAR DI KELANTAN DIINSPIRASI TOKOH WANITA ISLAM

148
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kebanyakan pasar di Kelantan dinamakan sempena tokoh wanita Islam sebagai simbol penghargaan dan inspirasi kepada wanita negeri ini yang aktif menceburi bidang keusahawanan.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) hari ini, antara pasar yang menggunakan nama tokoh wanita Islam ialah Pasar Siti Khadijah, Bazar Siti Aisyah, dan terbaru, Pasar Siti Fatimah di Berek 12, Kota Bharu.

“Pasar berkenaan siap dibina sejak tahun 2018 dan secara rasminya dinamakan sebagai Pasar Siti Fatimah pada Sabtu lalu.

“Kita berharap ia dapat menjadi mercu ekonomi baharu untuk masyarakat setempat serta bukan sahaja menyediakan persekitaran yang selesa dan tersusun, tetapi juga mencerminkan nilai Islam, keberkatan dan kesejahteraan,” jelas kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, pemilihan nama Siti Fatimah diambil bersempena nama puteri Rasulullah SAW, Fatimah Az-Zahra, yang terkenal dengan keperibadian mulia dan menjadi contoh teladan kepada umat Islam, khususnya wanita.

Terdahulu majlis perasmian Pasar Siti Fatimah itu disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Langkah penamaan pasar berasaskan tokoh wanita Islam itu dilihat seiring dengan usaha memperkasakan peranan wanita dalam sektor ekonomi negeri, selaras dengan imej Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here