Home Luar Negara HAMAS SERAH TIGA LAGI MAYAT TEBUSAN ISRAEL

HAMAS SERAH TIGA LAGI MAYAT TEBUSAN ISRAEL

140
0

GAZA: Hamas menyerahkan tiga lagi mayat tebusan Israel kepada pihak berkuasa negara itu, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikembalikan meningkat sejak gencatan senjata dimeterai bulan lalu.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Israel di platform X, ketiga-tiga mayat diterima melalui Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa dan sudah dibawa masuk ke Israel untuk proses pengecaman.

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, pihak berkuasa memaklumkan bahawa mangsa akan diberi penghormatan dalam upacara ketenteraan, dan keluarga mereka telah dimaklumkan.

Penyerahan itu adalah sebahagian daripada syarat gencatan senjata yang dipersetujui antara kedua-dua pihak.

Sebagai balasan, Israel dijangka memulangkan 45 mayat tahanan Palestin, iaitu 15 bagi setiap tebusan Israel yang dikembalikan.

Kumpulan Hamas memberitahu bahawa mayat tersebut ditemui di laluan terowong di selatan Gaza.

Setakat ini, Hamas sudah menyerahkan beberapa tebusan hidup dan mayat mangsa konflik sejak pertempuran tercetus pada Oktober lalu.

Israel terus mendesak baki tebusan dan mayat yang masih berada di Gaza dikembalikan segera, manakala gencatan senjata yang bermula pada 10 Oktober kekal rapuh dengan insiden serangan sporadik masih dilaporkan. – REUTERS , BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here