Home Hiburan DIKELILINGI ORANG BAIK, ALLAH TEMUKAN MEREKA – ALIFF AZIZ

DIKELILINGI ORANG BAIK, ALLAH TEMUKAN MEREKA – ALIFF AZIZ

337
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mengakui sedang menjalani kehidupan bahagia bersama keluarga dan orang-orang disekelilingnya.

Memetik laporan Harian Metro, Aliff, 34, bagaimanapun tidak memberikan jawapan yang jelas ketika ditanya sama ada dia sudah menemui pengganti untuk dijadikan teman hidupnya.

“Apa yang boleh saya katakan, saya dalam fasa bahagia. Saya rasa bahagia dengan lingkungan saya, orang-orang di sekeliling saya sekarang.

“Kalau nak saya cerita sama ada saya sudah ada pengganti atau belum, saya tak mahu menjawab soalan itu kerana takut disalah tafsir dan menjadi bahan bualan.

“Saya rasa, ramai orang di luar sana mungkin akan rasa macam ‘Siapa nak ambil tahu pun?’. Tak mengapa,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, dia bersyukur kerana dipertemukan dengan orang-orang yang baik walaupun lingkungannya kecil.

“Alhamdulillah, sekarang boleh saya katakan saya menjalani kehidupan saya dengan baik. Saya dikelilingi orang-orang baik dan Allah temukan saya dengan mereka.

“Saya masih ada sokongan keluarga, lingkungan yang kecil tetapi sangat baik dan saya bahagia dengan cara saya. Alhamdulillah.

“Cuma, tentunya dalam hidup ini kita nak memperbaiki atau bangkit semula daripada apa yang berlaku seperti ujian. Saya rasa, semua orang di sini pernah melalui ujian dalam kehidupan, cuma kalian tidak kongsikan.

“Tapi, tentunya ia memakan masa untuk pulihkan segalanya. Alhamdulillah, saya melalui proses yang betul dan gembira dengan perkembangannya. Insya-Allah, semuanya akan jadi lebih baik,” katanya.

Untuk rekod, Aliff pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Bella Astillah pada 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Pasangan itu bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024, selepas pernah berpisah kali pertama pada 16 Mei 2019 sebelum kembali rujuk dalam tempoh idah. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here