Home Buletin Semasa PROGRAM REBEN KUNING BUKA PELUANG KEDUA BUAT 10 BELIA BERISIKO DI KELANTAN

PROGRAM REBEN KUNING BUKA PELUANG KEDUA BUAT 10 BELIA BERISIKO DI KELANTAN

344
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA KRAI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kelantan terus memperkukuh jaringan sokongan kepada belia, khususnya golongan prospek (bekas banduan belia) dan penghuni Sekolah Henry Gurney, agar tiada kelompok belia tercicir daripada arus pembangunan negara.

Memetik kenyataan JBS Kelantan di laman Facebook, seramai 10 peserta atau “prospek” belia berisiko menerima suntikan semangat baharu melalui Modul Jati Diri dan Modul Pengurusan Kewangan, selain ditawarkan peluang kerjaya baharu menerusi Program Reben Kuning Peringkat Negeri Kelantan, di sini.

”Program Reben Kuning bukan sahaja memberi peluang kedua kepada golongan belia, malah menjadi platform untuk mereka membina semula keyakinan diri, kemahiran dan jati diri demi masa depan yang lebih baik,”menurut kenyataan itu.

Inisiatif intervensi sosial yang dianjurkan JBS Kelantan dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia itu bermatlamat memperkasakan usaha membantu golongan belia yang terdedah kepada gejala sosial dan jenayah supaya kembali ke pangkuan masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan negara.

“Kejayaan penganjuran Program Reben Kuning di Kelantan membuktikan bahawa dengan sokongan padu masyarakat dan sektor korporat, golongan belia berisiko mampu mengubah haluan hidup, menjadi ahli masyarakat yang produktif dan turut menyumbang kepada kemajuan ekonomi,”jelas kenyataan itu.

Program Reben Kuning Peringkat Negeri Kelantan itu berlangsung dua hari iaitu pada 27 dan 28 Oktober lalu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here