KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli mendakwa mahu mempertahankan rumah tangga bersama isteri, Uqasha Senrose selepas empat tahun bahtera perkahwinan dilayari.
Memetik laporan menerusi Berita Harian Kamal yang dikerumuni wartawan setibanya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, pagi ini memberitahu, kehadirannya bagi menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah.
“Saya hendak selamatkanlah apa yang memang menjadi tanggungjawab saya. Sebelum ini, saya tidak dapat datang sebab ada masalah sedikit… Ada kerja.
“Hari ini. saya datang untuk jalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah. Doakan yang baik-baik,” katanya di sini, hari ini.
Kamal tiba di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, kira-kira jam 9.45 pagi. Kamal yang mengenakan sut hitam, ditemani peguam dan seorang rakan hadir ke Mahkamah
Ditanya mengenai keadaannya sekarang, Kamal mengakui dia dalam situasi tidak baik dan sedang berusaha menghadapi keadaan ini dengan tenang.
“Saya sebenarnya agak gementar sebab tidak pernah sampai ke tempat-tempat macam ini. Sekarang, saya sedang cuba hadapi semua ini walaupun sangat tidak baik untuk diri saya.
“Terus terang, saya tidak gembira pun berada di sini. Memang tak okay… Tetapi saya cuba hadap. Saya tak sangka sampai ke tahap ini. Saya sangat sayangkan rumah tangga ini,” katanya.
Kamal mendakwa sejak 27 September lalu, dia tidak lagi berhubung secara langsung dengan Uqasha akibat disekat.
“Sejak 27 hari bulan lepas (September), saya sudah disekat dalam media sosial, jadi, kami hanya berhubung melalui surat menyurat sahaja.
“Lama sudah sebenarnya… Tetapi, fahamlah, perempuan apabila merajuk,” katanya.
Pada 22 Oktober lalu, prosiding sebutan pertama kes perceraian antara Kamal, 39, dan Uqasha, 33, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, ditangguhkan kepada hari ini.
Penangguhan itu dibuat selepas Kamal tidak hadir ke mahkamah kerana terikat dengan jadual penggambaran, biiarpun dilapor dimaklumkan mengenai prosiding berkenaan lebih awal. – BH Online –
IMedikel TV






