Home Sukan MASIH ADA JURANG – JUN HAO

MASIH ADA JURANG – JUN HAO

259
0

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki utama negara, Leong Jun Hao mengakui masih terdapat jurang yang perlu dirapatkan sebelum dia mampu menyaingi kelompok pemain elit dunia secara konsisten.

Semalam, Jun Hao yang menduduki ranking ke-20 dunia, kandas seawal pusingan pertama Terbuka Perancis apabila tewas kepada juara Olimpik dari Denmark, Viktor Axelsen 16-21, 15-21.

Memetik laporan Berita Harian, kekalahan Jun Hao di Glaz Arenam Cesson-Sevigne itu yang kedua berturut-turut kepada Axelsen yang kini berada di ranking ke-26 dunia, selepas pertemuan di Terbuka Singapura tahun lalu.

“Masih ada sedikit jurang antara saya dan beberapa pemain terbaik dunia. Untuk merapatkannya, saya fikir ia membabitkan beberapa perkara.

“Antaranya gaya permainan saya di dalam gelanggang dan saya juga memerlukan kecergasan tambahan supaya dapat terus mengekalkan kelajuan sepanjang perlawanan,” katanya.

Ditanya sama ada akan melakukan rombakan besar terhadap corak permainannya, pemain 26 tahun itu menegaskan lebih selesa membuat perubahan secara berperingkat.

“Saya akan menambah beberapa perkara baharu dalam permainan, tetapi bukan mengubahnya secara terus. Aspek-aspek baharu yang ditambah ini perlu saya mantapkan,” katanya

Jun Hao berkata persiapan taktikal diatur oleh Pengarah Kejurulatihan Perseorangan, Kenneth Jonassen membantunya merangka strategi berdasarkan corak permainan Axelsen namun ia belum mencukupi. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here