Home Sukan UNITED AJAR LIVERPOOL MAIN BOLA SEPAK DI ANFIELD

UNITED AJAR LIVERPOOL MAIN BOLA SEPAK DI ANFIELD

LIVERPOOL: Manchester United mencipta kejutan di Anfield apabila menewaskan Liverpool 2-1 untuk kemenangan pertama mereka di gelanggang keramat itu sejak tahun 2016.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, pasukan pelawat bermula garang apabila Bryan Mbeumo membuka jaringan seawal minit pertama meskipun gol itu mencetuskan sedikit kontroversi.

Liverpool akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-78 menerusi sentuhan mudah Cody Gakpo yang menyempurnakan peluang di depan gawang untuk menghidupkan harapan tuan rumah.

Namun suasana di Anfield kembali terdiam apabila Harry Maguire menanduk masuk gol kemenangan buat United beberapa minit sebelum tamat perlawanan.

Ini kekalahan keempat berturut-turut buat skuad Arne Slot dalam semua pertandingan, sekali gus menyaksikan juara bertahan itu kini ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Arsenal. -AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here