Home Luar Negara EMPAT MAUT, 20 CEDERA DALAM INSIDEN TEMBAKAN DI PULAU SOUTH CAROLINA

EMPAT MAUT, 20 CEDERA DALAM INSIDEN TEMBAKAN DI PULAU SOUTH CAROLINA

447
0

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya empat maut dan lebih 20 cedera dalam insiden tembakan di sebuah restoran di Pulau St. Helena, South Carolina awal semalam, kata Pejabat Sheriff Daerah Beaufort.

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, polis berkata, kejadian di Willie’s Bar and Grill sekitar jam 1 pagi itu terjadi ketika ratusan pengunjung berada di premis berkenaan.

Empat mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal, manakala identiti mereka yang terbunuh juga belum didedahkan.

Insiden itu kini dalam siasatan dan pihak berkuasa belum mendedahkan butiran lanjut.

Pulau St. Helena terkenal sebagai pusat budaya Gullah Geechee, komuniti keturunan hamba Afrika, manakala restoran terbabit dikenali menyajikan hidangan asli masyarakat itu.

Kejadian ini menambah senarai tragedi tembakan besar-besaran yang semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh sedekad kebelakangan ini.

Perdebatan dasar senjata api terus berlarutan, dengan Demokrat menuntut kawalan lebih ketat manakala Republikan menekankan hak pemilikan senjata serta penguatkuasaan undang-undang sedia ada. – REEUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here